Adakah Bandar DiRaja Klang Akan Bertukar Wajah Menjadi “Cowboy Town” Tidak Lama Lagi???
Adakah Bandar DiRaja Klang Akan Bertukar Wajah Menjadi “Cowboy Town” Tidak Lama Lagi???
20th November 2008
Diedarkan semasa bantahan di Plaza MPK, Klang
Adakah Klang Bandar Diraja akan menjadi “Cowboy Town” tidak lama lagi selepas “Stesen Bas” Bandar Klang akan dipindahkan ke “Klang Central” (Jalan Meru – iaitu lebih kurang 30min hingga 45min jika menaiki Bas dan juga bergantung kepada kesesakan lalu lintas).
Apakah nasib peniaga-peniaga kecil atau pun besar di Bandar Klang yang selama berpuluh-puluh tahun mengharapkan pendapatan dari kunjungan penguna-penguna bas atau pun teksi. Selepas pemindahan , pengguna perkhidmatan bas atau teksi terpaksa menghadapi tekanan yang besar seperti kos pengangkutan, pembaziran masa dan jarak perjalanan.
Daripada tindakbalas ini, mungkin ramai peniaga kecil mahupun besar terpaksa mengulung tikar. Apakah Majlis Perbandaran Klang atau Kerajaan Negeri ingin melihat malapetaka sedemkian menimpa Klang.
Tujuan pemindahan ini, mungkin bertujuan untuk mengurangkan kesesakan pada masa akan datang. Tetapi apakah Alternatif MPK atau Kerajaan Negeri untuk memastikan Bandar Diraja Klang tidak menjadi “Cowboy Town”, jika banyak peniaga-peniaga disini gulung tikar.
Pusat pendidikan seperti Kolej dan Pusat Tuisyen juga akan mengalami tekanan yang sama.
Secara tidak langsung ia akan meningkatkan masalah sosial di Klang. Kami penduduk Klang berharap MPK atau Kerajaan Negeri dapat memastikan supaya Bandar DiRaja Klang tidak menjadi “Cowboy Town”.
Apakah Alternatif untuk menyelesaikan masalah ini???
Pembangunan yang dilakukan mestilah, untuk memberi kemudahan yang lebih baik kepada rakyat bukannya untuk membebankan rakyat. Kami berharap Pihak yang Berkenaan mencari Jalan untuk menyelesaikan Masalah ini.
No comments yet.
Leave a comment
-
Recent
- Gerai MPK
- Why no action taken against them?
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma
- Longest Non-Stop Walk Updates
- Longest Non-Stop Walk in 48 hours
- Longest Non-Stop Walk (270km) within 48 hours
- Suara Keadilan, 28 April 2009
- The Star, Thursday April 16 2009
- Sinar Harian, 13 April 2009
- Tamil Nesan, 11th March 2009
- Makkal Osai, 9th March 2009
- Memorandum kepada YB Charles Santiago
-
Links
-
Archives
- September 2009 (3)
- July 2009 (3)
- May 2009 (3)
- April 2009 (3)
- February 2009 (1)
- January 2009 (1)
- December 2008 (2)
- November 2008 (1)
- August 2008 (1)
- June 2008 (2)
- May 2008 (6)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS